Bismillahirrahmanirrahim wasollahtuwassollah wa ala alihi wasabbihi ajmain..walhamdullilah hirrabil alamin
AssalamualaikumWBT...syukur kepada Allah swt kerana mengizinkan saya berkongsi ilmu dgn sidang pembaca..harap sedikit ilmu ini dapat dikongsikan dan diterap serta diamalkan dalam perjalanan hidupmu
menuju ke jalan yg diredhai..InsyAllah!
Baiklah sidang pembaca dirahmati Allah SWT,
Jika disebut tentang 'remaja'..ramai yang beranggapan bahawa zaman remaja adalah zaman utuk mencuba benda yang baru....adakah itu benar??bagi menjawab persoalan ini mari kita melayari bahtera seterusnya tentang remaja...
Mengikut kata Hassan Din..beliau sendiri mengakui bahawa zaman remaja ini adalah ZAMAN GILA..
Sebagai remaja saya turut menyokong apa yang beliau katakan..
Zaman remaja adalah zaman yang paling sukar buat diri saya sendiri..
Disebabkan oleh itu, banyak remaja kita yang terpengaruh dengan budaya barat serta pengaruh rakan sebaya.
Malah,pengaruh ibu bapa serta pengaruh sekeliling turut berperanan sbg pengaruh yang dominan dalam hidup mereka.
Remaja hari ini kurang berpendirian tetap serta mudah terpengaruh dgn sesuatu..
Malahan.mereka kurang keyakinan diri dan menginginkan jalan yang mudah dalam hidup..
Remaja kita juga kini terkadang lalai dgn kehidupan yg bersifat sementara lantas melupakan tentang kehidupan di akhirat yg kekal selamanya...
Walau bagaimanapun, siapa yg harus dipersalahkan???
Adakah IBU BAPA???
GURU???
RAKAN2???MEDIA MASSA??LAMAN SOSIAL???
Apakan daya itulah budaya kita hari ini...suka menunding jari tatkala empat jari menunding kembali kepada kita...
Dalam konteks ini,saya ingin menekankan kepada remaja...
Sebenarnya.remaja sendirilah yang memilih jalan hidup..sama ada jalan yg dipilih itu betul ataupun salah
itu terpulang kepada hak individu masing2...
Jadi sebgai remaja yang bergelar ISLAM...janganlah kamu hanya menggunakan TITLE islam utk menyembunyikan kekufuran yang kamu lakukan..
Jauhilah perbuatan zina...sesungguhnya perbuatan itu teramatlah keji dan dimurkai Allah swt
Sedarlah wahai remaja..sambutlah seruan ini...kembalilah kepada jalan yg benar..iaitu jalan yg diredhai..insyAllah hidupmu akan menjadi lebih bermakna dan bhagia...
Wahai remaja,
Tidak perlulah kamu bercinta...walaupun ada sesetengah daripada kamu SURE mengatakan
"laa...kiteorg couple..tapi tak buat pape pun"....
Selain itu ada juga yang mengatakan.."herm aku couple pun sbb bosan la aku nak ada orng yg ambil berat tentang aku..tu jewk...tak lebih"
Kenapa perkara ini harus berlaku??kenapa anda berkata sedemikian...
bukankah bercinta itu sudah pun satu DOSA..yakni yang bakal mendorong anda melakukan zina...
Anda tahu???jika anda makan berdua-duaan di restoran...kononnya tempat itu ramai orang dan terang
tapi anda salah..di sana anda telah pun BERJAYA melakukan zina mata...TAHNIAH!!
Selain itu,jika anda bermesej dgn kaum Adam..anda sure mesej dekat dalam bilik tidur supaya ada lebih PRIVACY..utk mengucapkan kata2 manja tanpa diketahui ibu bapa mahupun org lain...
tdk anda terfikir...bahawa mesej anda juga boleh menyebabkan zina bila anda berdua lagi mengada-ngada
dan mesej menjadi mesej yang lucah...seperti
"hurm bi rindu syg sgt2...erm nak kiss boleh???"
"abang pun rindu...rasa mcm nak sgt peluk sayang??"
Subhanallah!!! sidang pembaca...beristighfarlah kamu akan setiap yg kamu lakukan itu adalah DOSA BESAR...
Lebih baik kamu bercinta dgn ALLAH..kerana cinta dari Allah lagi hebat,imanmu akan bertambah kuat lantas mebentuk jati dirimu yg bersemangat jihad..cinta dengan Allah tdk pernah BOSAN..malah hari2 mu akan ceria..cinta dgn Allah tdk akn pernah membuatkan kamu sedih malah menjadikan dirimu mukmin berjaya dunia dan ukhrawi...InsyAllah!!!=)
Tambahan lagi,ingin saya sarankan sekali lagi buat remaja yang membaca....ingatlah kamu bahawa setiap apa yg kamu lakukan sentiasa dilihat oleh Allah..berasa hinalah kamu jika ingin melakukan dosa...
Jika kamu masih ingin meneruskan budayamu yg jijik itu..lakukannya jauh dari tempat ciptaan Allah...
Sejauh manapun kamu pergi..kamu tetap berada dalam tempat ciptaan Allah..even ke angkasa lepas juga adalah milik Allah..udara yang kamu hembus juga milik Allah...jadi saudaraku...insaflah kamu..
Bertaubatlah kamu kepada Allah sebaik-baik penerima taubat sebelum nafasmu terhenti..sudah masa menghadap ILLAHI...sessunguhnya mati itu sgt sakit....
Jangan pernah putus asa berdoa memohon keampunan dari-nya agar kamu pergi dalam keadaan yg MULIA dan pintu taubatNya tdk akan pernah tertutup buat hambaNya yg ingin berubah....
Selain itu..wahai remaja...wahai teman,sahabat serta saudaraku..ingatlah akan ibu bapa mu.. berusahalah menjadi anak yg terbaik serta balaslah jasa ibu bapa mu dgn menjadi anak yg soleh soleha..tdklah lebih permintaan kedua ibu bapa mu selain menginginkan kamu menjadi MANUSIA.
Segeralah mohon keampunan kepada ibu bapamu jika berdosa sebelum Allah memanggil mereka ke rahmatullah.....Hargailah ibu bapa mu..sementara di beri peluang utk masih bernafas...BERSYUKURLAH kepadaNya..jadilah kamu REMAJA HEBAT DUNIA AHIRAT...
satu doa utk membaiki akhlakmu:
'Allahuma inni a'uzubika minassyikkaki wannifakki wasuill akhlak'
Mksudnya:Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari perpecahan dan munafik dan keburukan akhlak..
Akhir kalam,saya harap anda mendapat sedikit kekuatan utk berubah dan saya mendoakan agar anda mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya..
Sekian,
Assalamualaikum warahmatullah hi taala wabarakatu..
"MA'ASSALAMA WA ILLAL LIKA'K"




No comments:
Post a Comment