Wednesday, 4 January 2012

USAMAH BIN ZAID

Hitam Kulitnya Putih Hatinya di Sisi Rasulullah

Pada hari peperangan Uhud,beberapa sahabat yg masih kecil dtg meminta izin utk berjihad di jln Allah s.w.t
Sebahagian mereka diterima dan yg lain ditolak oleh Rasulullah s.a.w kerana usia mereka yg sgt kecil.Antara yg tdk diterima oleh Rasullulah s.a.w adalah Usamah bin Zaid.Belia beredar dgn linangan air mata kerana SEDIH tdk dapt berjihad di bawah panji Rasulullah s.a.w.

Dalam peperangan Khandaq pula,sekali lai Usamah bin Zaid yg ketika it telah meningkat remaja datang bersama-sama sahabat sebayanya meminta izin utk berperang.Beliau berdiri sambil kakinya terinjit-injit agar kelihatan lebih tinggi dan nanti supaya diberi keizinan oleh Rasulullah.Akhirnya Nabi s.a.w bersimpati kpdnya dan memberi keizinan kepada beliau.Dgn itu,Usamah bin Zaid tlh membawa pedang berjihad di jalan Allah ketika baru berusia 15 tahun.

Siapakah Usamah bin Zaid yg sebenarnya?Beliau adalah anak kepada Zaid bin Haristhah dan ibunya bernama Barakah al-Habasyiyah yg juga dipanggil sbg Ummu Aiman.Dahulunya Ummu Aiman adalah hamba perempuan yg dimiliki oleh ibu Rasulullahs.a.w. dan beliaulah yg menguruskan Rasulullah s.a.w sewaktu ibunya masih hidup dan menjaga Rasulullah s.a.w selepas ibunya meninggal dunia.

Rasulullah s.a.w sgt mengasihi Ummu Aiman dgn sedalam-dalamnya.Baginda juga selalu menyebut,
"Dialah ibuku selepas ibuku,dan ahli keluargaku yg lain".Beliau itulah ibu Usamah bin Zaid.
         Manakala ayah Usamah iaitu Zaid bin Haritshah adalah 'hibb'(org yg dikasihi) Rasulullahs.a.w.Beliau juga merupakan anak angkt Rasulullah s.a.w. sebelum Islam,yg juga mnjd teman dan penyimpan rahsia Baginda sehingga beliau dianggap sbg salah seorg ahli keluarga Baginda dan org yg paling dikasihi oleh Baginda selepas Islam.Sememangnya Rasulullah s.a.w. sgt mengasihi beliau.

         Usia Usamah adalah lebih kurang usia cucu Rasulullah s.a.w,al-Hasan(ank lelaki Fatimah al-Zahra).Al-Hasan berkulit cerah,cantik dan amat menyerupai datuknya,Rasulullah s.a.w. Manakala Usamah berkulit GELAP.kemek hidungnya dan sgt menyerupai ibunya yg berasal dari Habsyah.

         Namun begitu,Rasulullah s.a.w. tdk sekali-kali MEMBEZAKAN antara mereka berdua dlm memberikan kasih sayang.Baginda akan mengambil Usamah dan meletakkan pada salah satu pahanya,kemudian mengambil al-Hasan dan meletakkan pada paha yg satu lagi.Rasulullah s.a.w. akn MEMELUK mereka berdua ke dadanya sambil berkata,"Ya Allah,sesungguhnya aku mengasihi mereka berdua.maka kasihanilah mereka".

 Apabila Usamah bin Zaid memasuki usia dewasa,sifat yg mulia dan akhlak yg terpuji terserlah pada peribadi beliau.Semua itu sememangnya melayakkan beliau mndpt kasih Rasulullah s.a.w.Ternyata beliau seorg yg sgt cerdik,berani,bijaksana meletakkan urusan di tempat sepatutnya,menjaga maruah,bencikan perkara keji, mesra dan sidukai org ramai serta bertakwa lagi warak.

            Dalam peperangan Mu'tah pula,Usamah berjihad di bwah panji ayahnya,Zaid bin Haritshah.Usianya ketika itu belum mencecah 18 tahun.Dalam peperangan itu tentera Islam berhadapan dgn tentera Rom yg seramai 200,000 org dgn kelengkapan ketenteraan yg cukup.Sedangkan tentera Islam hanya 3000 org.

            Ketika berperang.Usamah menyaksikan dgn kedua matanya sendiri melihat kematian ayahnya.Namun beliau sedikit pun tdk merasa lemah dan hilang semangat.

Sebaliknya beliau terus berperang di bwh panji Ja'far bin Abi Talib sehingga Ja'far juga turut terbunuh di depan matanya.Kemudian beliau terus berjuang di bwh panji Abdullah bin Rawahah sehingga Abdullah juga terbunuh.
Akhirnya,Khalid al-Walid memegang panji sehinggalah tentera yg kecil ini dapat diselamatkan daripada cengkaman tentera Rom dan Usamah bin Zaid dapat meyaksikan dan merasai kejayaan tentera Islam itu. =D